Akaun makareem.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
Buku Kembara Agung - Sifat Haji Nabi SAW Seolah-olah Kamu Bersamanya

Sebuah buku yang pastinya akan membuatkan anda terbuai dan hanyut dengan penghayatan sebuah perjalanan haji yang dibuat oleh baginda nabi Rasulullah SAW.


Pernahkah kita membayangkan bagaimana sebenarnya nabi melaksanakan haji? Di dalam buku ini dirungkaikan sehabis upaya sebuah episod perjalanan nabi dalam melaksanakan haji sebagai ikutan dan panduan buat umatnya.


SEBUAH BUKU YANG WAJIB ANDA MILIKI!


Buku ini adalah terjemahan dari kitab asal yang berjudul 'Kaánnaka Maáhu' yang dikarang oleh Dr Abdul Wahhab bin Nasir At-Turairi. Sebuah buku ataupun kitab yang sukar didapati di Malaysia apatah lagi dengan bahasa Arab mungkin menyukarkan kita untuk memahami. Kini sudah ada terjemahannya dan semestinya buku ini harus anda miliki.


Siapa yang sesuai dapatkan buku ini?

- Bakal Haji

- Mutawif / Pendakwah

- Pencinta Sirah

- Nak tahu dengan lebih dalam perilaku nabi


Malah sesiapa sahaja sesuai untuk dapatkan buku ini. Sama ada untuk bacaan sendiri ataupun hadiah kepada orang lain. Dah ramai yang miliki dan berpuas hati dengan isi kandungannya.


Untuk Tempoh Terhad, tiada cas penghantaran dikenakan untuk Semenanjung Malaysia. Penghantaran PERCUMA! Ayuh rebut peluang ini. Jom dapatkan buku ini sekarang!



Buku yang dicadangkan juga oleh Dr Abu Anas Madani.


"Sedikit Petikan dari buku"

Pada hari ketujuh Zulhijjah selepas solat zohor, Rasulullah SAW menyampaikan khutbahnya. Dalam khutbah tersebut, baginda menerangkan kepada orang ramai tentang manasik haji dan mengajar mereka tentang hukum- hakam berkaitan haji.
Apabila tiba hari tarwiyah iaitu pada 8 Zulhijjah, Rasulullah SAW bertolak ke Mina pada waktu duha. Orang ramai yang telah bertahallul (selepas umrah) berihram semula dengan niat haji bersama baginda dari Al-Abtoh ketika mahu bertolak dengan tunggangan mereka; mereka membelakangkan Mekah, menghala ke arah Mina.
Baginda menunaikan solat zohor, asar, maghrib, isyak dan subuh di Mina. Baginda memendekkan solat empat rakaat menjadi dua rakaat dan dilaksanakan pada waktunya.
Perjalanan Nabi Muhammad SAW ke Mina pada hari tarwiyah ini seolah-olah sebagai persediaan menuju ke Padang Arafah pada hari Arafah nanti dengan tujuan untuk penyempurnaan segala manasik haji dan memimpin umat kepada warisan peninggalan bapa mereka yang terdahulu iaitu Nabi Ibrahim ‘Alayhissalam.
Baginda bersabda, “Ambillah daripadaku cara pelaksanaan haji kalian.” Bagi baginda, pada setiap tempat haji itu terkandung pengajarannya dan pada setiap perkara yang disaksikan itu ada petanda daripada Allah Ta’ala.
(Petikan buku Kembara Agung Sifat Haji Nabi Seolah-olah Kamu Bersamanya)


Untuk menghayati lebih dalam dan lanjut, dapatkannya terus dengan membuat pesanan dan pembayaran pada borang di bawah.